Monday, July 26, 2010

Hidupkan Sya'aban dan Nisfu Sya'ban dengan amalan soleh..

Terasa masa begitu pantas,sehingga terlupa bahawa sya'ban terus berlalu dan tanpa kita sedari bahawa ramadhan kian menjelma...walaupun belum pasti sama ada kita sempat ataupun tidak bertemu dgn bulan ramadhan yang muliapada tahun ini...wallahu' alam...
Pada bulan Sya'aban,ada satu malam yg sgt2 dinantikan oleh umat islam,iaitu malam nisfu sya'aban. Kelebihan Sya'aban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca yassin sebanyak 3 kali pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah...Jadi marilah kita mengambil kesempatan khususnya pada malam ini untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malamnya...

No comments: